4,268 kes COVID-19 dicatat dalam masa 24 jam di Rusia

MOSCOW, 20 APRIL – Rusia merekodkan 4,268 kes COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 47,121, lapor agensi berita Sputnik memetik sebuah pusat tindak balas koronavirus kebangsaan pada hari ini.

“Dalam tempoh 24 jam lalu, 4,268 kes COVID-19 didaftarkan di 76 wilayah. Daripada jumlah itu, 1,935 (atau 45.3 peratus) merupakan kontak dengan pesakit, tanpa menunjukkan gejala klinikal,” kata pusat itu dalam satu kenyataan.

Daripada semua kes baharu, 2,026 didaftarkan di Moscow, 578 di wilayah Moscow manakala 113 lagi di wilayah Nizhny Novgorod.

Hampir separuh pesakit baharu di Moscow berusia di bawah 45 tahun. – Bernama