43.9% penduduk dewasa Sabah sudah terima dos pertama

KOTA KINABALU, 13 OGOS – Lebih 1.17 juta atau 43.9 peratus penduduk dewasa di Sabah telah menerima dos pertama vaksin COVID-19, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 489,081 orang atau 19.6 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin tersebut.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sentiasa berusaha mempertingkat keupayaan suntikan setiap hari. Semalam, JKNS berjaya memberi suntikan 54,091 dos kepada penduduk Sabah iaitu menghampiri sasaran keupayaan maksimum JKNS sebanyak 59,000 dos sehari,” menurutnya dalam kenyataan malam ini. – Bernama