43 anak yatim warga KSSUP terima sumbangan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), petang hari ini, telah mengadakan majlis penyampaian derma untuk seramai 43 orang anak yatim yang berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, Bangunan KSSUP.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong yang menyampaikan derma kepada ibu-ibu tunggal dan penjaga yang terdiri daripada kakitangan di KSSUP sebagai wakil kepada anak-anak yatim.

Turut hadir pada majlis itu ialah pemangku setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap serta ketua-ketua jabatan dan bahagian di bawah kementerian tersebut.

Majlis seumpamanya merupakan aktiviti tahunan KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya pada setiap bulan Ramadan yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan suci yang Mubarak ini di samping mendapatkan ganjaran pahala keberkatan daripada Allah SWT.

Melalui sumbangan tersebut juga diharapkan akan dapat membantu anak-anak yatim dalam membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali semasa menghadiri majlis penyampaian derma anak yatim.