Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    43 mualaf lelaki tamat kursus skim bimbingan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Seramai 43 orang saudara baharu dari keempat-empat daerah telah berjaya menamatkan Skim Bimbingan Lanjutan I bagi Mualaf siri ke-105 (Lelaki) dan menerima sijil masing-masing pada majlis penutup yang berlangsung di Dewan Maui’zzah, Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf, Dr Hajah Rohanita binti Haji Yaakub yang seterusnya menyampaikan sijil-sijil penyertaan.

    Skim bimbangan yang dikendalikan Bahagian Pembangunan Mualaf (Tarbiyah Mualaf), PDI, itu telah berlangsung selama 14 hari bermula 14 Mei lalu, dan diisikan dengan pembelajaran tauhid, fiqh solat, fiqh haji, fiqh munakahat, tasawwuf, mukaddam, amali, sejarah Islam dan kefahaman keluarga.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang di-pimpin oleh Awang Mika Fathi Hue @ Hermanto Heu, kemudian diikuti dengan ucapan daripada wakil peserta, Awang Muhd Saiful Dafi bin Muhd Suhaimi @ Suanddy bin Suhaimi.

    Seterusnya, tetamu kehormat menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada para peserta diikuti dengan penyampaian hadiah bagi peserta terbaik.

    Dalam usaha menjaga dan memelihara kemaslahatan mualaf, PDI juga telah menyediakan beberapa program bimbingan khusus untuk mualaf iaitu Bimbingan Pengenalan Islam, Bimbingan Bergerak, Skim Bimbingan Asas, Skim Bimbingan Lanjutan I serta Skim Bimbingan Lanjutan II.

    Antara objektif skim adalah bagi memberikan bimbingan kepada mualaf untuk meningkatkan dan menghalusi lagi ilmu pengetahuan agama Islam terutama dalam ibadat sembahyang, akidah dan akhlak.

    Para mualaf juga boleh mengikuti Kelas Bimbingan Mualaf pada setiap Jumaat bagi Daerah Brunei dan Muara manakala itu, bagi Daerah Tutong,Belait dan Temburong mengikut jadual yang telah disediakan.

    Antara saudara baharu yang menerima hadiah daripada Dr Hajah Rohanita pada majlis penutup yang berlangsung di Dewan Maui’zzah, Bangunan Darul Huda, PDI, KHEU.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...