43 Penumpang kapal persiaran Norway disahkan positif COVID-19

COPENHAGEN, DENMARK, 4 OGOS – Jumlah penumpang kapal persiaran Norway yang didapati penumpangnya positif COVID-19 telah mencecah kepada 43 orang, kata pihak berkuasa semalam.

Penularan wabak di kapal MS Roald Amundsen menimbulkan persoalan mengenai keselamatan kapal persiaran semasa wabak, bahkan ketika industri itu sedang berusaha untuk meneruskan pelayaran setelah ditutup pada bulan Mac lalu.

Pemilik kapal persiaran itu kelmarin menghentikan semua perjalanan dan Norway menutup pelabuhannya untuk kapal persiaran selama dua minggu.

Bandar Trondheim melaporkan dua kes baharu, seorang lelaki berusia 70an dengan simptom gejala ringan dan seorang kanak-kanak di bawah umur 10 tahun tanpa sebarang simptom mengatakan kedua-duanya adalah penumpang kapal itu. Mereka tidak ada kaitan antara satu sama lain.

Seorang penumpang ketiga akan menjalani ujian hari ini, kata bandar itu. Trondheim berdekatan dengan Tromsoe, utara Arctic Circle, di mana kapal kosong itu berlabuh.

Tetapi kerana kapal persiaran itu sering digunakan seperti feri tempatan, melakukan perjalanan dari pelabuhan ke pelabuhan di sepanjang pantai barat Norway, beberapa penumpang turun di sepanjang laluan dan mungkin menyebarkan virus kepada masyarakat setempat.

Sebanyak 69 bandar di Norway mungkin terjejas, lapor agensi berita Norway NTB kelmarin.

Kapal pelayaran Hurtigruten adalah salah satu syarikat pertama yang meneruskan pelayaran semasa wabak, memulakan pelayaran ke Norway keluar dari Jerman pada bulan Jun, kemudian menambah pelayaran pada bulan Julai ke kepulauan Arctic Svalbard yang merupakan sebahagian dari negara Scandinavia. – AP

Kapal persiaran Hurtigruten MS Roald Amundsen, berlabuh di Tromso, Norway. 43 anak kapal dan sejumlah penumpang disahkan positif COVID-19 setelah dua kapal persiaran antarabangsa kembali beroperasi baru-baru ini. – AP