43 terkorban dalam nahas jalan raya

KAHERAH, 22 MEI – Insiden perlanggaran antara sebuah trak yang membawa penumpang dan kenderaan awam telah mengorbankan sekurang-kurangnya 43 nyawa dan menyebabkan 32 orang yang lain cedera di jalan raya di wilayah Darfur Sudan, kata polis tempatan hari ini.

Kenyataan polis mengatakan bahawa kejadian nahas itu berlaku lewat kelmarin di bandar Shangil Tobayi di wilayah Utara Darfur. Kenyataan itu tidak menjelaskan mengenai punca kemalangan itu.

Polis mengatakan kebakaran meletus dalam trak sebelum pihak bomba memadamkannya.

Beberapa mangsa cedera dalam keadaan kritikal dibawa ke hospital di al-Fasher, ibu negeri wilayah Utara Darfur, katanya. Trak tersebut, yang dipenuhi penumpang, sedang dalam perjalanan dari Shangil Tobayi apabila bertembung dengan sebuah kenderaan yang menuju ke bandar, lebih 1,100 kilometer ke barat ibu ne-gara Khartoum, kata polis. – AP