Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    PICkids: Sabah perluaskan pemberian vaksin

    KOTA KINABALU, 15 FEB – Program imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) bagi memberi vaksinasi kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Sabah dipertingkatkan lagi dengan memperluaskan program itu ke sekolah rendah.

    Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata inisiatif itu telah dimulakan di daerah Tambunan melibatkan beberapa sekolah rendah pada 12 Februari lepas dengan 60 kanak-kanak menerima dos pertama vaksinasi mereka.

    “Kakitangan JKNS (Jabatan Kesihatan Negeri Sabah) bersedia untuk pergi ke sekolah-sekolah bagi menjalankan program vaksinasi agar kanak-kanak yang layak diberi vaksin mendapat perlindungan maksimum daripada risiko jangkitan COVID-19.

    “Jumlah kanak-kanak dijangkiti COVID-19 (di Sabah setakat ini) adalah tinggi. Justeru, saya fikir ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk memastikan anak-anak mereka mendapat vaksinasi kerana pada akhirnya keputusan adalah pada tangan ibu bapa,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran PICKids peringkat negeri di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor di sini, hari ini.

    Sementara itu, Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata program vaksinasi itu akan dijalankan di 1,705 sekolah rendah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan perbincangan sama ada ia dijalankan secara berkelompok atau mengikut sekolah masing-masing akan dibincangkan.

    Katanya, inisiatif itu bertujuan memastikan ibu bapa termasuk di pedalaman berpeluang membawa anak-anak mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19, selain usaha meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun memandangkan jumlahnya masih lagi rendah.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...