Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Komited laksana pembangunan infrastruktur negara

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Hanya tinggal kira-kira 13 tahun lagi Negara Brunei Darussalam membuat persediaan dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.

    “Titah Baginda kelmarin sangat jelas memberi peringatan agar persediaan ke arah mencapai wawasan itu perlu dirancang dengan rapi bagi memastikan segala-galanya dapat dilaksanakan dengan teratur dan berjalan lancar,” kata Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa usul menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa Persidangan Musim Permesyuaratan ke-18 bagi Majlis Mesyuarat Negara (MMN) hari ini.

    Yang Berhormat Dato berkata, penyediaan dan pelaksanaan infrastruktur di negara ini adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pembangunan yang mana telah pun banyak dilaksanakan di bawah projek yang dirancang di dalam Rancangan Kemajuan Negara (RKN). 

    Ini membuktikan pihak kerajaan terus komited ke arah pembangunan infrastruktur di negara ini. 

    Ianya telah memberi impak yang besar bukan saja dalam menaik taraf kehidupan rakyat dan penduduk di negara ini malahan juga sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara ini. Semua ini adalah untuk memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara sentiasa berterusan dan terjamin, katanya. 

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi semasa membentangkan usul pada Persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) kelmarin. – Gambar oleh Infofoto

    Yang Berhormat Dato juga menyentuh mengenai penyediaan peta jalan (roadmap) bagi projek-projek yang perlu dimasukkan di dalam RKN ke-12 seperti yang disentuh di dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia. 

    Di samping itu juga, katanya, Kementerian Pembangunan menjunjung tinggi titah Baginda mengenai dengan penekanan dalam perbelanjaan kewangan negara hendaklah dibuat secara berhemah dan berdisiplin dengan mematuhi peraturan-peraturan kewangan yang ada dan tidak menggunakan kuasa untuk berbelanja sewenang-wenangnya serta mengikut

    “Titah Baginda ini akan sentiasa menjadi panduan dan ingatan bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya dalam melaksanakan apa jua projek di bawah kementerian ini. 

    “Pihak kementerian akan memastikan peruntukan mengikut keutamaan dan selaras dengan pelan strategik 2018-2023 dan juga akan sentiasa mereviu dan meneliti semula mana-mana perkhidmatan yang perlu penambahbaikan agar ianya bertepatan dengan keperluan dan jangkaan orang ramai.”

    Pada hakikatnya, katanya, dalam melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur ini, tidak semua yang dapat dilaksanakan mengikut apa yang dirancang kerana banyak halangan dan cabaran yang perlu dihadapi. 

    “Tetapi melalui pengalaman serta mengambil pengajaran daripada projek-projek yang telah dilaksanakan, ianya tidak akan menghalang bagi kita untuk meneruskan apa-apa jua rancangan pelaksanaan projek-projek yang mana dapat menjamin kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini,” katanya.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...