Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    BMW lancar kempen pandu uji

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – QAF Auto Sdn Bhd, pengimport dan pengedar tunggal kenderaan BMW di Brunei hari ini memulakan kempen BMW M Test Drive Experience bermula hari ini hingga akhir Mac bertempat di bilik pamerannya di Beribi.

    Menurut wakil dari QAF Auto Sdn Bhd, antara kereta yang menjadi tumpuan sepanjang kempen ini ialah BMW M dan M Performance seperti BMW M135i xDrive atau M235i xDrive Gran Coupe.

    Kedua-dua buah kereta berkenaan telah mencatat sejarahnya tersendiri dengan kuasa kejuruteraan Jerman sebenar manakala reka bentuk dalaman pula memang tiada tandingannya yang terasa seakan-akan berada dalam kapal jet pejuang.

    BMW M135i xDrive memiliki enjin empat silinder dengan kedinamikan yang lebih padat.

    Dengan kuasa 225 kW/306 hp dan teknologi BMW TwinPower Turbo di bawah bonet BMW M135i xDrive, ia memang lebih berkesan berbanding sebelum ini untuk menghasilkan model yang dinamik dan menarik.

    Model BMW M135i xDrive dipamerkan di bilik pameran BMW di Beribi.
    Bahagian dalam model M235i xDrive Gran Coupe.

    Pengubahsuaian terperinci teknologi casis yang ditempah lebih awal menghasilkan pemasangan yang lebih baik, justeru memastikan ciri pemanduan yang boleh dikawal dengan tepat walaupun semasa belokan mendadak di jalan.

    Cengkaman yang dioptimumkan membolehkan pemandu meneroka had prestasi kereta dengan yakin, terutamanya apabila membelok pada kelajuan yang amat tinggi.

    Selain itu, spesifikasi standard untuk BMW M235i xDrive Gran Coupe Sport termasuk pacuan semua roda BMW xDrive, hanya terdapat sedikit perbezaan dari segi daya motor mekanikal, stereng M Sport dan brek M Sport.

    Transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan juga menampilkan mod kawalan pelancaran. Jaringan tiga dimensi yang menggantikan palang dalam gril diilhamkan daripada kereta lumba menambah lagi ciri visual yang menarik.

    Manakala kereta ini dilengkapi dengan enjin empat silinder BMW Group yang paling berkuasa yang mampu menghasilkan 225 kW (306 hp).

    Mereka yang membeli sama ada BMW M135i xDrive atau M235i xDrive Gran Coupe bulan ini akan menerima hadiah hamper BMW percuma daripada Koleksi BMW M.

    Orang ramai yang ingin membuat pandu uji bolehlah menghubungi bilik pameran QAF Auto untuk menempah slot.

    Untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19, prosedur operasi standard perlu dipatuhi sepanjang tempoh kempen pandu uji.

    Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti BMW Brunei di media sosial atau layari laman web mereka.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...