Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    44 buah pasukan rebut Piala Presiden

    Oleh HJ Rahim

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Persatuan Bola Sepak Veteran (VFA) telah menerima pendaftaran sebanyak 44 buah pasukan bagi menyertai Kejohanan Bola Sepak Veteran Kebangsaan DST 2017.

    Jumlah berkenaan meningkat sebanyak lima buah pasukan berbanding dari tahun lalu yang disertai oleh 39 buah pasukan.

    Sehubungan dengan itu, VFA selaku penganjur akan mengadakan Majlis Mesyuarat Pengurus Pasukan dan Undian pada Jumaat ini di Dewan Serbaguna, NFABD House, Berakas, bermula 3 petang.

    Pengurus pasukan yang menyertai kejohanan tersebut dikehendaki hadir di mesyuarat itu, dalam usaha VFA memberikan penerangan terperinci mengenai perjalanan kejohanan tersebut, yang sudah dianjurkan selama lapan tahun berturut-turut.

    Setiausaha Agung VFA Brunei, Awang Jabar Ithnin,  berkata bahawa tahun ini  VFA telah membahagikan kejohanan tersebut kepada dua bahagian iaitu Presiden 1 dan Presiden 2.

    Presiden 1 akan menyenaraikan sebanyak 20 buah pasukan dan Presiden 2 pula sebanyak 24 pasukan. Pasukan-pasukan akan bermain secara liga dalam kumpulan masing-masing, yang akan diundi pada hari mesyuarat tersebut.

    Untuk keterangan lanjut sila hubungi Setiausaha Kejohanan, Awang Mohamad Ali Sabri Haji Abang di talian 8637511, atau Pengerusi Kejohanan, Awang Sharbini Mohidin di talian 8605556.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda