Wednesday, February 1, 2023
32.3 C
Brunei

-

44 kakitangan SKH jalani Kursus Marsyal Bomba

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Seramai 44 orang kakitangan SKH Sdn Bhd telah mengikuti Kursus Marsyal Bomba yang berlangsung selama tiga hari di Balai Bomba Pengkalan Batu dan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Berakas, baru-baru ini.

Sepanjang kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi F, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) itu para peserta telah didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal serta menjalankan latihan praktikal inhouse firedrill di Bangunan Unit Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat.

Para peserta juga didedahkan kepada sebab dan punca berlakunya kebakaran, mengetahui tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan bersistematik, tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul, tatacara menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam bangunan apabila berlaku kebakaran serta lawatan ke Unit Operasi Wanita.

Kakitangan SKH bergambar ramai bersama pegawai dan anggota bomba dan penyelamat semasa menyertai Kursus Marsyal Bomba, baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -