Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    44 PATI warga Indonesia ditahan

    PELABUHAN KLANG, 2 NOV – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia di perairan Tanjung Layang, Kuala Langat pada 31 Okt lepas.

    Pengarah Maritim Selangor Kapten Maritim V Siva Kumar berkata migran termasuk tekong dan kru sebuah bot kayu itu ditahan pada 7.47 malam apabila Radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Maritim Malaysia di Area Control Centre (ACC) Klang mengesan sebuah vesel mencurigakan dari perairan Indonesia yang bergerak memasuki perairan negara.

    Siva Kumar berkata sebaik tiba di lokasi, sebuah bot kayu berwarna merah berjalur biru dengan tanda nama SAFRI pada badan bot dikesan dalam keadaan mencurigakan sedang bergerak laju menuju ke perairan Tanjung Layang.

    “Menyedari kehadiran bot penguat kuasa, bot suspek bertindak cuba untuk lolos bagi mengelakkan daripada ditahan dan diperiksa. Bot ronda APMM seterusnya mengejar bot suspek hampir 10 minit sebelum ditahan sekitar 9.35 malam di kedudukan 0.5 batu nautika barat daya Tanjung Layang.

    “Pemeriksaan awal selepas bot itu ditahan mendapati terdapat 39 lelaki termasuk tekong dan dua kru serta empat penumpang wanita kesemuanya berumur lingkungan 19 hingga 49 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun dengan kesemuanya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...