4,400 unit PPR dalam pembinaan di Sabah

KUALA LUMPUR, 25 OGOS – Sebanyak tujuh projek melibatkan 4,400 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) sedang dibina di Sabah, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib berkata jumlah itu melibatkan pembinaan 900 unit PPR Ulu Perasan, Kota Belud; PPR Sapagaya (410) dan PPR Tungku (650), Lahad Datu; PPR Pitas (440), Kudat; PRR Kampung Kiansom Besar (1,000), Inanam; Tagasan (500), Semporna; dan PPR Gayang 2 (500), Tuaran.

Katanya terdapat dua lagi program perumahan di negeri itu yang sedang dilaksanakan di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melibatkan projek Rumah Mampu Milik (RMM) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR). – Bernama