Sunday, December 15, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    45 lagi projek dipertimbang senarai warisan UNESCO

    BEIJING, 6 JULAI – Sesi ke-44 Jawatankuasa Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) akan diadakan pada 16 hingga 31 Julai di Fuzhou, ibu kota wilayah Fujian, China.

    Naib Menteri Pendidikan China, Tian Xuejun dalam satu sidang media pada Isnin menyatakan, senarai Warisan Dunia UNESCO tahun 2020 dan 2021 yang melibatkan 45 projek akan dipertimbangkan untuk disenaraikan sebagai warisan dunia

    Sementara itu, sejumlah 258 laporan mengenai keadaan perlindungan warisan dunia turut dijadual untuk dinilai pada sesi itu.

    Tian yang juga pengarah Suruhanjaya Kebangsaan China untuk UNESCO menambah, sesi itu akan berlangsung secara maya dan menjadi sesi pertama untuk membahaskan topik warisan dunia secara dalam talian sepanjang sejarah penubuhan pertubuhan itu.

    Sesi itu turut akan menilai projek Quanzhou, sebuah bandar pesisir Fujian yang digelar pusat perdagangan laut dunia pada zaman purba di China. Sejak menganggotai UNESCO pada 1985, sebanyak 55 tempat di China telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, sekali gus menjadikan China antara negara yang mempunyai warisan dunia dalam kategori paling lengkap di dunia.

    China sudah sekian lama melindungi khazanah bersedia meningkatkan kerjasama antarabangsa untuk melindungi warisan dunia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda