45 menderma darah pada kempen anjuran SCB

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Bank Standard Chartered (SCB) menerusi Kelab Rekreasi dengan kerjasama Tabung Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), kelmarin, telah menganjurkan kempen derma darah di ibu pejabatnya, hari ini, yang disertai oleh lebih 45 orang.

Turut menderma darah semasa kempen itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif SCB Brunei, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim.

Pengiran Aki Ismasufian, dalam kenyataan yang dikeluarkan, dipetik sebagai berkata, “Penyertaan kami dalam kempen derma darah bersama Tabung Darah Hospital RIPAS merangkumi komitmen bank dan menunjukkan bagaimana kami memberi balik kepada masyarakat.

“Kami gembira dan berterima kasih atas sokongan daripada kakitangan dan rakan-rakan kami yang meluangkan masa dan menderma darah yang oleh membantu menyelamatkan nyawa,” ujar beliau.

Pengiran Aki Ismasufian turut menderma darah bersama kakitangan pada kempen berkenaan yang diadakan di Ibu Pejabat SCB. – Gambar serahan SCB