Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Sebanyak 45 pain darah telah berjaya dikumpulkan dalam kempen menderma darah yang berlangsung di Kompleks Penyiaran RTB Sungai Akar, hari ini.
Kempen yang bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang dan disertai oleh pegawai dan kakitangan RTB itu dikendalikan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).
Diadakan sempena sambutan ulang tahun Radio Brunei ke-65, kempen diharapkan untuk membantu meningkatkan stok bekalan darah negara khususnya bagi pesakit-pesakit yang memerlukan.