45 pegawai sertai bengkel pengacara majlis

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Seramai 45 pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan di bawahnya hari ini menghadiri Bengkel Pengacara/Juruacara Majlis selama dua hari yang berlangsung di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Berakas.

Bengkel tersebut disampaikan oleh Mantan Pengarang Kanan di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera DBP, Hajah Shaharah binti Dato Paduka Haji Abdul Wahab.

Bengkel bertujuan membimbing dan memberikan pendedahan kepada pegawai dan kakitangan dalam mengendalikan majlis dan acara yang penting, sekali gus melahirkan pengacara atau juruacara yang berketerampilan.

Dalam mengendalikan majlis atau acara, pengacara atau juruacara memainkan peranan penting dalam memudahkan dan melancarkan majlis yang diadakan.

Oleh itu bengkel tersebut juga bermatlamat melahirkan pengacara serba boleh termasuk teknik pengacaraan, pengendalian pengacaraan lebih berkesan dan sistematik serta melahirkan dan mengembangkan potensi diri pegawai dan kakitangan dalam bidang pengacaraan.

Peserta juga diharap dapat meraih pengetahuan dan pemahaman dalam penyediaan skrip dan menjadi pelapis di jabatan masing-masing selain membimbing dan mengasah bakat peserta lain.

Antara peserta yang menyertai bengkel tersebut yang diadakan di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas.