Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    45 program pilihan untuk pelajar baharu IBTE

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Sebanyak 45 program ditawarkan oleh Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) yang akan dijalankan di tujuh kampus-kampus IBTE untuk kemasukan Julai 2022 ini.

    Menurut kenyataan, kampus-kampus yang terlibat ialah IBTE Kampus Jefri Bolkiah; IBTE Kampus Sultan Bolkiah; IBTE Kampus Agroteknologi; IBTE Kampus  Sultan Saiful Rijal; IBTE Kampus Mekanikal; IBTE Kampus Nakhoda Ragam dan IBTE Kampus Bisnes.

    Antara program-program yang ditawarkan ialah IBTE  Diploma antaranya dalam kejuruteraan marin, HNTEC dalam perindustrian, HNTEC dalam kejuruteraan bangunan
    NTec dalam akuakultur serta banyak lagi.

    Bagi yang berminat, pemohon hendaklah memohon melalui sesawang  https://ibte.edu.bn/tvecas/

    Sementara itu, tarikh tutup bagi memohon program-program tersebut adalah Sabtu, 5 Mac 2022 pada jam 4:30 petang. Sebarang pertanyaan bolehlah menghantar e-mel ke alamat tvecas@ibte.edu.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...