BEIJING, 21 MEI – Hampir 450 juta dos vaksin COVID-19 sudah digunakan di China setakat Rabu, menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC).
Selain itu, jumlah inokulasi yang dijalankan sejak lapan hari lalu mencecah 100 juta dos.
Penyelidik Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit China (CCDC), Shao Yiming pula berkata hasil penyelidikan peringkat awal memperlihatkan vaksin China mampu memberi perlindungan terhadap varian virus India.
Tambah beliau, sekiranya didapati tidak berkesan terhadap varian susulan mutasi seterusnya, vaksin nyahaktif China boleh diadaptasi dengan kaedah yang mudah lagi pantas. – Bernama