455 sampel diuji dalam tempoh 24 jam

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OGOS – Tiada jangkitan baharu COVID-19 di negara ini setakat jam 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal seramai 143 dan hanya satu kes yang masih aktif.

Pengemaskinian itu diumumkan melalui kenyataan akhbar yang diterima di sini.

Manakala jumlah mereka yang menjalankan pengasingan diri mandatori ialah 624 orang dengan 4,484 orang telah menamatkan pengasingan semenjak Mac 2020.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 455 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 48,854 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.

Sebanyak 455 sampel telah duji bagi virus SARS-CoV-2 dalam tempoh 24 jam lalu.