Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    459 pelajar baharu UNISSA lafaz ikrar

    Oleh Yusrin Junaidi

    TEMBURONG, 25 JULAI – Seramai 459 orang pelajar baharu Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bagi sesi 2022/2023 telah melafazkan ikrar pada majlis amanat dan ikrar bagi menandakan permulaan Minggu Taaruf di Dewan Kuliah, Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Daerah Temburong, hari ini.

    Daripada jumlah berkenaan, seramai seramai 365 orang mengikuti program prasiswazah dan 94 mengikuti program siswazah dengan lebih kurang 12 peratus adalah daripada kalangan pelajar antarabangsa.

    Bacaan ikrar diketuai oleh Awang Saifuddin Safwan bin Said daripada Program Sarjana Muda Sains Halal, Pusat Penyelidikan Halalan Tayyiban.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norafan bin Haji Zainal yang menyampaikan ucapan amanat.

    Dalam ucapannya, Dr Haji Norafan mengingatkan para pelajar agar memahami serta menghayati apa yang terkandung dalam ikrar yang akan dilafazkan untuk menjadi pelajar yang cemerlang, dan mampu memberikan khidmat dengan sepenuh hati serta ikhlas mencurah bakti kepada pembangunan dan kemajuan agama, bangsa dan negara.

    Beliau juga menyeru pelajar agar memahami dengan baik tugas sebagai seorang pelajar yang mana pelajar itu sifatnya menuntut ilmu untuk mengisi dada dan mencari sebanyak mungkin ilmu dan kemahiran yang berguna untuk kegunaan di masa hadapan terutamanya dalam menentukan hala tuju kehidupan setelah keluar dari universiti.

    Para pelajar berkenaan akan berada di Kem Latihan PKBN selama lima hari dan empat malam untuk mengikuti pelbagai pengisian program bermanfaat yang bertujuan untuk membimbing pelajar-pelajar sebelum memulakan pengajian di UNISSA.

    Dr Haji Norafan semasa menyampaikan ucapan amanat untuk pelajar-pelajar baharu.
    Pelajar-pelajar baharu Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bagi sesi 2022/2023 melafazkan ikrar semasa majlis amanat dan ikrar yang berlangsung di Dewan Kuliah, Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Daerah Temburong, kelmarin.- Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Pelajar-pelajar perempuan mengangkat sumpah sebagai pelajar baharu UNISSA.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...