46 maut dalam letupan bom

DAMSYIK, 29 APRIL – Sebuah trak minyak berisi bom meletup dan membunuh sekurang-kurangnya 46 orang termasuk enam pemberontak pro-Turki semalam.

Letupan di sebuah pasar di Afrin, bandar di utara Syria yang dikuasai kumpulan bersenjata yang disokong Turki, berlaku ketika penduduk membeli-belah sebagai persediaan untuk sahur, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), yang mengutuk serangan sebagai ‘perbuatan keji.’

Sehingga kini, dalang kejadian masih belum diketahui.

Ketua Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain, Rami Abdul Rahman berkata, serangan itu membunuh orang awam dan mencederakan 50 yang lain.

“Jumlah kematian dijangka meningkat memandangkan mangsa yang cedera kini dalam keadaan kritikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya enam pejuang pro Turki antara mereka yang terbunuh, tambah kenyataan. – AFP