Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    46 restoran terima sijil BFA

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Sebanyak 46 buah restoran yang telah menampilkan 63 hidangan terbaik di seluruh negara diraikan dalam Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Makanan Brunei (BFA) 2021, yang berlangsung di De Hayat Cafe @ Soto Pabo, Kampung Pintu Malim, hari ini.

    Acara berkenaan adalah susulan Majlis BFA 2021 yang diadakan secara maya sempena Festival Disember Brunei 2021 pada 23 Disember lalu. Penilaian hidangan terbaik telah menjalani proses penghakiman oleh BFA.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong. Turut hadir ialah perwakilan negara luar ke Brunei Darussalam yang turut terlibat dalam penghakiman BFA 2021, timbalan-timbalan setiausaha tetap,pegawai kanan di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), ketua pegawai eksekutif BFA, para pengarah dan pengurus BFA.

    BFA diadakan setiap tahun bagi mempromosi pelancongan makanan dan mengiktiraf makanan terbaik Brunei, di mana pada 2021, sebanyak 225 buah restoran di seluruh negara menyertainya. BFA mengikut Metodologi EAT yang meliputi tiga komponen hidangan, iaitu pelaksanaan, penampilan dan rasa yang mana metodologi berkenaan telah ditubuhkan oleh Kejohanan Makanan Dunia dalam proses penghakiman.

    Untuk 2021 juga menyaksikan penyampaian Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat yang telah dianugerahkan kepada Restoran Excapade dan Restoran Ayamku.

    Sementara itu, Anugerah Outstanding Person telah disampaikan kepada Thanis Lim dengan Special Mention kepada Aminggunawan dan Brunei Food Diary.

    Tahun ini, BFA akan melancarkan aplikasi mudah alih utama mereka yang dinamakan BALI di mana restoran boleh mempunyai cawangan digital dan memuat naik menu mereka tanpa sebarang kos. Aplikasi berkenaan juga bertindak sebagai cara pembayaran untuk pengunjung membuat pesanan makan, bawa pulang, penghantaran dan tempahan tempat.

    Salah sebuah restoran menerima sijil Anugerah Makanan Brunei 2021 yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...