47.8 peratus sudah lengkap vaksin

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Seramai 5,051 orang telah menerima
suntikan vaksin COVID-19 di seluruh negara, kelmarin.

Dengan jumlah tersebut, seramai 335,650 orang telah menerima satu dos vaksin COVID-19 iaitu 74 peratus daripada jumlah penduduk negara, di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan.

“Manakala, 216,615 orang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 iaitu 47.8 peratus daripada jumlah penduduk negara,” kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam sidang media harian Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Dengan itu, tambah beliau, Negara Brunei Darussalam telah mencatatkan sebanyak 552,265 suntikan di seluruh negara sejak 3 April 2021.

Daripada jumlah tersebut, Daerah Brunei dan Muara mencatatkan jumlah tertinggi pemberian suntikan COVID-19 iaitu 358,525, diikuti Daerah Belait sebanyak 70,057 suntikan.

Manakala Daerah Tutong mencatatkan sebanyak 63,645 suntikan dan Daerah Temburong sebanyak 60,038 suntikan.