47 kes baharu di Singapura

SINGAPURA, 8 SEPT – Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 47 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan pandemik di republik ini 57,091.

“Berdasarkan siasatan kami setakat ini, tiada kes dalam komuniti,” menurut Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini hari ini.

MOH berkata terdapat satu kes import, diserahkan Notis Duduk Di Rumah sebaik tiba.  Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, republik itu mengklasifikasikan 939 kes yang dilaporkan sebagai import, kes komuniti 2,230 dan 53,875 melibatkan penghuni asrama. – Bernama