Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    47 kes baharu dikesan, 5 sembuh

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JAN – Sebanyak 47 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dicatatkan di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 15,797 orang.

    Daripada jumlah kes baru tersebut, 31 adalah kes tempatan dan 16 lagi adalah kes import, menurut Kementerian Kesihatan melalui Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Jumlah kes baharu itu adalah hasil daripada 4,094 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu, oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 1.15 peratus.

    Pihak kementerian turut mengongsikan bahawa dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, satu kes berada dalam kategori 4. Lima kes pula telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di negara ini kepada 15,386 kes dengan 309 kes sembuh.

    Sementara itu, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara ialah sebanyak 8.4 peratus.

    Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 94.6 peratus dengan 93.7 peratus telah menerima dua dos vaksin manakala itu, 31 peratus pula telah menerima tiga dos.

    Manakala tidak ada pelanggaran arahan yang telah didapati semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara semalam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...