Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    47 maut akibat ribut, petir di India

    NEW DELHI, 29 Mei – Ribut dan petir di sebahagian besar utara India meragut sekurang-kurangnya 47 nyawa, menambah angka kematian akibat daripada cuaca buruk yang melanda negara itu bulan ini kepada ratusan orang, kata pegawai hari ini

    Ribut dan kilat menjatuhkan dinding dan tiang penjanaan elektrik, ketika suhu di India naik setinggi 48.6 darjah Celcius.

    Pegawai pengurusan bencana di Uttar Pradesh, Bihar dan Jharkhand, berkata keseluruhannya 47 terbunuh dalam ribut tengah malam semalam di seluruh wilayah berkenaan. Bihar adalah paling teruk terjejas akibat angin kencang dan petir itu.

    “Sekurang-kurangnya 19 orang disahkan mati, 11 daripadanya disambar petir,” kata pegawai pengurusan bencana negeri, Yoginder Singh kepada AFP.

    Cuaca buruk turut membadai Uttar Pradesh, dengan angin selaju 70 kilometer sejam melanda negeri paling padat di India itu.

    “Seramai 15 maut akibat petir dan angin kencang,” kata pegawai jabatan pengurusan bencana Uttar Pradesh, T. P. Gupta. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda