Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

47 militan IS terbunuh

BAGHDAD, 18 Julai – Sejumlah 47 orang militan kumpulan Islam IS (IS) terbunuh semalam dalam serangan udara Iraq dalam dan dekat bandar Tal Afar yang dikuasi IS di barat Mosul, menurut pihak ketenteraan Iraq.

Jet-jet Iraq melancarkan serangan udara ke atas kubu IS di bandar Mahalabiyah yang dikuasai IS yang berhampiran kubu kuat IS di Tal Afar, yang terletak kira-kira 70 kilometer barat Mosul, menurut agensi perisikan Iraq dalam satu kenyataan.

Serangan udara itu membawa kepada pembunuhan 18 orang militan IS dan pemusnahan lima buah kenderaan, menurut kenyataan itu lagi.

Gambar fail pada 13 Julai 2017 menunjukkan angkatan Iraq meronda jalan di barat Mosul. Sejumlah 47 orang militan kumpulan Islamic State (IS) terbunuh semalam dalam serangan udara Iraq dalam dan dekat bandar Tal Afar yang dikuasi IS di barat Mosul. – AFP
Gambar fail pada 13 Julai 2017 menunjukkan angkatan Iraq meronda jalan di barat Mosul. Sejumlah 47 orang militan kumpulan Islamic State (IS) terbunuh semalam dalam serangan udara Iraq dalam dan dekat bandar Tal Afar yang dikuasi IS di barat Mosul. – AFP

Serangan udara lain mensasarkan benteng IS di kawasan al-Qal’a di Tal Afar dan membunuh 22 orang militan IS, termasuklah lapan orang ketua kumpulan, tambahnya lagi. Serangan udara itu dilancarkan selepas Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi pada 10 Julai lalu secara rasmi mengisytiharkan Mosul bebas dari IS selepas pertempuran hampir sembilan bulan untuk mengusir militan-militan melampau dari kubu kuat utama mereka di Iraq.

Awal bulan ini, para pegawai tentera Iraq, termasuklah Abdul Amir Yarallah dari Kawalan Operasi Bersama, berkata selepas pembebasan Mosul, pasukan tentera akan mara ke barat untuk membebaskan Tal Afar, benteng terakhir IS di wilayah Nineveh.

Tal-Afar didiami oleh majoriti golongan Turkomans Sunni dan Syiah selain dari minoriti Kurd dan Arab lain. Bandar itu jatuh ke tangan IS pada tahun 2014. – Xinhua

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -