Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    47 panggilan atap terbang dalam 3 hari

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah pun menerima sebanyak 47 panggilan insiden atap terbang dalam tempoh tiga hari dari 9 hingga 11 Julai lalu, dengan peningkatan 90.38 peratus daripada jumlah keseluruhan panggilan atap terbang yang diterima pada tahun ini.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JBP mengongsikan bahawa jabatan berkenaan telah merekodkan sebanyak 52 panggilan insiden atap terbang bagi tahun in setakat 11 Julai lalu di seluruh negara.

    Daripada jumlah berkenaan, Daerah Brunei dan Muara menerima 31 panggilan (60 peratus), Daerah Tutong mencatat lapan panggilan (15 peratus), Daerah Belait mencatat 12 panggilan (23 peratus) dan Daerah Temburong menerima satu panggilan (2 peratus).

    Oleh yang demikian, JBP menyarankan orang ramai untuk sentiasa mengikut perkembangan dan nasihat serta amaran mengenai maklumat keadaan cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) melalui siaran RTB atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn, mengikuti laman sosial Facebook (bruneiweather), Instagram (@bruneiweather) dan aplikasi bimbit Brunei WX.

    Dalam pada itu, bagi meningkatkan kesedaran orang ramai, JBP turut menasihatkan penggunaan skru bagi mengukuhkan kedudukan atap daripada penggunaan paku, di samping pembinaan struktur atap rumah adalah disarankan dalam bentuk low angle pitch roof.

    Anggota bomba dan penyelamat memasang kanvas di atas sebuah rumah yang terbabit dalam kejadian atap terbang. – Gambar serahan JBP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...