JITRA, 16 Jan – Seramai 47 pelajar Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah di sini, mengalami sakit perut, loya, muntah dan cirit birit selepas disyaki mengalami keracunan makanan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail hari ini berkata daripada jumlah itu 15 daripada mereka adalah lelaki dan 32 perempuan, membabitkan pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam sekolah berkenaan dengan kes pertama kira-kira 11 malam semalam.
“Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu telah menerima notifikasi kejadian keracunan makanan di Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah, Kubang Pasu, kira-kira 12 tengah hari. – Bernama