Friday, September 30, 2022
23.4 C
Brunei

47 pemancing sertai pertandingan memancing di pantai

-

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 5 SEPT – Seramai 47 pemancing dari seluruh negara telah menyertai pertandingan Maritah Memancing anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lumut II dengan kerjasama Brunei LNG yang diadakan di Kelab Rekreasi Liang Lumut (LLRC), Mukim Liang, kelmarin.

Hadir bagi menyaksikan peringkat akhir pertandingan ialah Pengarah Urusan Brunei LNG, Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib yang dialu-alukan oleh Pemangku Ketua Kampung Lumut II, Haji Khairdon bin Haji Dahlan.

Juga hadir ialah Pemangku Penghulu Mukim Liang dan Ketua Kampung Sungai Liang, Awang Haszrin bin Bagol dan Pengurus Besar LLRC, Haji Abdul Ghani bin Dato Seri Laila Jasa Haji Salleh.

Pertandingan telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pemancing yang cepat menangkap ikan, pemancing yang berjaya menangkap ikan paling berat dan pemancing yang berjaya menangkap ikan paling banyak.

Juara bagi ketiga-tiga kategori tersebut disandang oleh Awang Nurul Ikhman bin Puasa dari Daerah Brunei dan Muara yang berjaya menangkap ikan dalam masa 15 minit dan 30 saat.

Antara peserta yang menyertai pertandingan Maritah Memancing di LLRC, Mukim Liang, baru-baru ini. Pertandingan itu diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara pemancing dan penduduk kampung sekitar. – Gambar oleh Daniel Lim
Hajah Farida menyampaikan hadiah kepada Awang Nurul Ikman yang menjuarai ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan.
Kanak-kanak berpeluang menyentuh arnab yang turut dipamerkan semasa aktiviti di LLRC.

Dalam kategori kedua, beliau berjaya menangkap ikan paling berat iaitu seberat 4.8kg serta berjaya menangkap tiga ekor ikan secara keseluruhan.

Semasa ditemui pada majlis itu, Haji Khairdon berkata pertandingan seumpamanya bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara pemancing dan penduduk kampung sekitar yang kebanyakannya berkongsi minat memancing, sekali gus menghidupkan suasana hujung minggu.

Pada majlis itu, Hajah Farida juga mengunjungi beberapa buah gerai yang menyertai acara Makan Santai anjuran LLRC yang diadakan selama tiga hari bermula 2 September lalu.

Acara menampilkan perniagaan dan pengusaha tempatan yang mempamerkan hidangan lazat.

Pertandingan telah diserikan dengan persembahan silat bagi mengalu-alukan kunjungan tetamu kehormat ke gerai-gerai Makan Santai dan pertunjukan arnab serta tumbuh-tumbuhan yang diadakan di kelab rekreasi tersebut.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penjawat awam dilarang luah pendapat di media sosial

COLOMBO, 28 SEPT – Sri Lanka hari ini mengarahkan penjawat awam untuk tidak meluahkan pendapat mereka di media sosial selepas beberapa orang pegawai mendakwa...
- Advertisment -