Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    47 pemberontak terkorban dalam operasi di Mindanao

    MANILA, 19 Mac – Sekurang-kurangnya 47 ahli Pejuang Keamanan Bangsamoro Islam (BIFF) dan sekutu-sekutu mereka dilaporkan terkorban dan cedera apabila lima peranti letupan diubahsuai (IEDs) dan beberapa komponen dirampas ketika operasi tiga hari di Datu Salibo, Maguindanao.

    Serangan ofensif terhadap BIFF bermula pada 14 Mac dan berakhir pada 16 Mac baru-baru ini, jurucakap Perintah Mindanao Barat, Kapten Jo-ann Petinglay berkata dalam satu keterangan hari ini.

    Siri-siri operasi ketenteraan itu, yang melibatkan serangan-serangan artileri dan udara itu dijalankan oleh askar-askar dari Pasukan Petugas Gabungan-Pusat (JTF-C). Ketua JTF-C, Brigadier Jeneral Arnel Dela Vega berkata beberapa 21 orang pengganas telah terbunuh dan 26 lagi cedera dalam operasi mereka itu.

    Tiada korban jiwa dilaporkan di pihak tentera kerajaan.

    Dalam operasi sama, lima bom yang diubahsuai dan beberapa komponen IED telah dirampas di Barangay Tee.

    Dela Vega berkata operasi selama tiga hari itu dirancang untuk melucutkan tentera-tentera di bawah Muhammad Ali bin Abdulrahman atau Muawiyah, didakwa pengganas asing; Salahuddin Hassan, seorang pengebom terlatih dan Esmael Abdulmalik atau Abu Toraype, pengasas Dawlah Islamiyah Maguindanao yang juga komander pasukan BIFF.

    Segala pengesahan telah dibuat ketika operasi itu dijalankan.

    Penyamun itu dilaporkan merupakan sekutu kepada Marwan, sasaran operasi SAF PNDP dalam Januari 2015 dan bertanggungjawab bagi beberapa siri serangan bom di Mindanao.

    Kumpulan mereka juga menjalankan latihan IED dalam kalangan ahli-ahli yang baru direkrut dari beberapa wilayah berlainan termasuk orang-orang dari Kumpulan Maute, dengan misi-misi ujian yang menyasarkan menara-menara NGCP, tempat-tempat awam dan kenderaan pengangkut. – NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda