47 pendatang ditemui lemas

NOUAKCHOTT, 20 OGOS – Seramai 47 pendatang ditemukan lemas di pantai Nouadhibou, barat laut Mauritania pada 16 Ogos, lapor Xinhua.

Pertubuhan Migrasi Antarabangsa Migrasi (IOM) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam satu kenyataan memaklumkan pendatang berkenaan menaiki sebuah bot dan dalam pelayaran menuju ke Kepulauan Canary.

Bot yang membawa 54 pendatang termasuk tiga kanak-kanak itu bertolak dari pantai Atlantik, Afrika Utara pada 3 Ogos. 

“Selepas dua hari belayar, mereka terkandas  tanpa makanan dan minuman hampir dua minggu akibat enjin bot rosak.

“Ketika dijumpai pengawal pantai Mauritania pada 16 Ogos, hanya tujuh migran masih hidup, dan empat daripadanya kritikal,” menurut kenyataan itu.

Tragedi itu berlaku sepuluh hari selepas 40 lagi pendatang terkorban di kawasan perairan yang sama.

Pada Januari 2021, lebih 350 orang terkorban, sementara lebih 8,000 pelarian dan pendatang berjaya tiba di Sepanyol melalui jalan laut. – Bernama