470 jalani pengasingan diri

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Negara Brunei Darussalam tidak mencatatkan kes baharu jangkitan COVID-19 setakat jam 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal seramai 144 orang, dan terdapat dua kes yang masih aktif.

Kementerian Kesihatan dalam Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini, turut mengongsikan bahawa seramai 470 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori dengan 4,886 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 410 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 51,103 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.