473 sampel diuji dalam masa 24 jam

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Negara Brunei Darussalam jam 12 tengah hari ini tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu COVID-19, mengekalkan kes keseluruhan 141 orang.

Kemas kini itu dikongsikan dalam siaran akhbar situasi terkini jangkitan COVID-19 yang diterima di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, sejumlah 334 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala 3,040 telah menamatkan pengasingan mandatori semenjak Mac 2020.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 473 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 32,501 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.

Gambar fail pensampelan COVID-19 di Argentina. Negara Brunei Darussalam terus melakukan ujian saringan bagi wabak itu yang kini sudah pun mencecah 32,501 ujian. – AFP