Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    478 kes COVID disahkan sembuh

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Sebanyak 571 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan, iaitu 571 kes hasil ujian ART dan tiada kes hasil daripada 253 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Papan penyata dikeluarkan Kementerian Kesihatan mengongsi statistik itu hari ini, dengan dua kes masing-masing dalam kategori 5 dan 4.

    Sebanyak 478 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 152,968 kes, manakala kes aktif sebanyak 3,830.

    Bagi vaksinasi pula, 84.8 peratus dos pertama dan 71.4 peratus dos kedua bagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

    Liputan dos ketiga vaksin bagi seluruh negara kekal 72.3 peratus.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...