48 jemaah berlepas ke Madinah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Seramai 48 orang jemaah umrah Negara Brunei Darussalam telah berlepas ke Madinah, kelmarin, dengan menaiki pesawat Syarikat Penerbangan Diraja Brunei bagi menunaikan ibadah umrah musim 2019.

Jemaah berkenaan mengikuti Program 13 yang ditawarkan oleh Al-Hijrah Travel & Tours termasuk lawatan ke Madinah, Makkah, Taif dan Jeddah.

Jemaah juga akan berkesempatan untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di kedua-dua tanah suci serta ke Makam Nabi SAW di samping berpeluang untuk mengerjakan umrah.

Al-Hijrah Travel & Tours adalah sebuah ejen pelancongan yang baharu dan telah mendapat kebenaran untuk menjalankan serta menyediakan perkhidmatan pelancongan di NBD.

Jemaah umrah ketika sesi bergambar ramai sebelum berlepas ke Madinah di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.