Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    48 pelajar JIS khatam Quran

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Seramai 48 orang pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong yang berjaya menamatkan pembacaan Al-Quran 30 juzuk telah diraikan pada majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di Pusat Kesenian JIS, hari ini.

    Hadir selaku tetamu khas majlis ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Haji Hairol Mohd Daud bin Haji Abdul Karim.

    Majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan sekolah bagi menepati hasrat kerajaan dalam melahirkan generasi celik Al-Quran di samping bagi menjadikan budaya membaca Al-Quran sebagai satu kebiasaan dan amalan hidup.

    Antara tujuan majlis adalah bagi menggalakkan murid-murid sentiasa membaca Al-Quran dengan betul dan lancar, memastikan murid-murid dapat mengkhatamkan Al-Quran sebelum menamatkan persekolahan agama dan mengeratkan kerjasama serta perpaduan antara ibu bapa atau penjaga, guru-guru dan murid-murid dalam sama-sama mengendalikan majlis-majlis keagamaan di sekolah.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Selawat Tafrijiyyah, bacaan Surah Al-Fatihah oleh tetamu khas majlis sebelum bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Lahab oleh para peserta khatam.

    Kemudian, Takhtim dibacakan oleh pelajar-pelajar perempuan, Doa Khatam oleh salah seorang peserta khatam dan laungan Dikir Marhaban oleh pelajar-pelajar lelaki sebelum penyampaian sijil khatam oleh tetamu khas majlis yang diikuti dengan bacaan Doa Selamat.

    Haji Hairol Mohd Daud semasa menghadiri majlis tersebut.
    Pelajar-pelajar yang menyertai majlis khatam Al-Quran tersebut.
    Antara yang hadir semasa majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...