481 kes kebakaran belukar dicatat

KUCHING, 16 OGOS – Kes kebakaran belukar di Sarawak kini mencatatkan 481 kes bagi tempoh 1 Ogos sehingga 12 tengah hari ini.

Jabatan Bomba dan Peyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, seluas 1349.7 ekar tanah turut terjejas di beberapa kawasan ekoran kebakaran belukar itu.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Sedi di Pulau Bruit, Kampung Sangki di Simunjan, Kampung Tuie di Betong, Taman Harmoni di Sri Aman, Jalan Marudi – Miri, Jalan Batang Lupar di Sri Aman, Kampung Supak di Betong dan Kuala Baram.

Secara purata JBPM Negeri Sarawak menerima 30 kes kebakaran api belukar setiap hari. – Bernama