Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    49 pokok tumbang direkodkan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Sebanyak 49 panggilan insiden pokok tumbang diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) hari ini susulan amaran angin kencang dikeluarkan Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam pada 9 Julai.

    Panggilan itu bersamaan dengan 17.8 peratus panggilan harian insiden pokok tumbang bagi 275 jumlah keseluruhan panggilan pokok tumbang yang diterima dari bulan Januari sehingga 9 Julai tahun ini.

    JBP dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menjelaskan jumlah keseluruhan direkodkan tahun ini adalah sebanyak 68 peratus, iaitu 187 panggilan bagi Daerah Brunei dan Muara, 13.82 peratus iaitu 38 panggilan bagi Daerah Belait, 9.4 peratus iaitu 26 panggilan bagi Daerah Tutong dan 8.73 peratus iaitu sebanyak 24 panggilan bagi Daerah Temburong.

    Sehubungan itu, JBP menyarankan orang ramai untuk mengelakkan menanam pokok terlalu dekat dengan rumah dan amalkan penjarakan bagi penanaman pokok-pokok tersebut.

    JBP menjelaskan bahawa pokok merupakan elemen yang penting bagi manusia dan haiwan akan tetapi ianya juga boleh mendatangkan kemudaratan dan risiko kepada sekeliling seperti pokok tumbang boleh merebahi rumah semasa cuaca tidak menentu.

    Orang ramai juga dinasihatkan mengelak daripada meletakkan kereta mereka berdekatan dengan pokok-pokok besar kerana ditakuti perkara tidak diingini daripada berlaku.

    Anggota JPB semasa menangani salah satu panggilan pokok tumbang yang menghempap kereta.
    Anggota bomba berusaha mengalihkan pokok yang tumbang dalam salah satu kejadian yang berlaku susulan amaran angin kencang yang dikeluarkan Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...