Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    49 sekolah terjejas banjir di Sabah

    KOTA KINABALU, 27 JAN – Sebanyak 49 sekolah dengan 15,531 pelajar terlibat kejadian banjir di tujuh daerah di negeri ini hari ini.

    Jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ketika dihubungi berkata 43 daripadanya adalah sekolah rendah manakala enam lagi sekolah menengah.

    Menurut jurucakap itu 18 sekolah adalah di daerah Beluran, Kota Marudu (16), Pitas (enam), Beaufort (empat), masing-masing dua sekolah di Lahad Datu dan Kudat serta satu sekolah di Sipitang.

    “Sebanyak 20 sekolah tidak dapat beroperasi kerana laluan dan kawasan sekolah telah dinaiki air, 10 sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara manakala 19 lagi sekolah, laluan dan kawasan sekitarnya telah dinaiki air namun masih boleh beroperasi,” katanya hari ini.

    Sementara itu, Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Idris Mohd Noor berkata 22 pencawang elektrik di Pitas ditutup sebagai langkah keselamatan penduduk susulan banjir.

    Keadaan kawasan rumah penduduk Kampung Ongkilan yang masih digenangi air berikutan banjir yang melanda kampung tersebut. Kebanyakan penduduk kampung itu telah dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Komuniti Kota Marudu sebagai langkah keselamatan ketika 49 lagi sekolah di seluruh Sabah turut terjejas banjir. – Bernama

    Beliau berkata penutupan menjejaskan bekalan elektrik di Kampung Bawang dan beberapa kampung sepanjang Jalan Kanabongan.

    “Bekalan elektrik ke Kudat dan Kota Marudu masih terkawal. SESB juga memastikan aduan diterima pengguna terjejas dapat ditangani dengan baik. SESB menerima banyak aduan sejak semalam melibatkan pokok dan talian tumbang, kami sedang berusaha membaikinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Idris berkata kerja baik pulih bekalan dijangka mengalami kelewatan disebabkan beberapa jalan perhubungan di daerah terlibat tidak dapat dilalui akibat banjir dan mengambil kira faktor keselamatan serta cuaca yang tidak mengizinkan.

    Beliau berkata orang ramai boleh menghubungi SESB Careline 15454, talian 088-515000 atau WhatsApp di 019-852 5427 bagi melaporkan sebarang perkara berkaitan bekalan elektrik.

    Jabatan Kerja Raya Sabah dalam kenyataan berasingan pula memaklumkan dua jalan terputus hubungan hari ini di Pitas iaitu Jalan Kanobongan dan Jalan Kabatasan Dandun manakala Jalan Sin On di Tawau tidak boleh dilalui kenderaan ringan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...