Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    490 orang sertai siri ketiga KABSBM

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Seramai 490 orang telah mengikuti siri ketiga Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu Sempena Bulan Bahasa (KABSBM) secara maya hari ini yang mengupas aspek budaya dengan tajuk ‘Strategi dan Publikasi Laboratorium Kebinekaan Kebahasaan: Tongak Emas Strategi Kebahasaan.’

    Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Pemangku Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, para pemakalah dari dalam dan luar negara, rakan-rakan strategik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pegawai-pegawai kanan kerajaan, dan para pencinta bahasa dari dalam mahupun luar negara.

    Siri pembentangan kali ini menampilkan pemakalah dari Indonesia iaitu Peneliti Ahli Madya, Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN), Dr Joni Endardi, S.S., M. Hum dan dipengerusi oleh Pemangku Timbalan Pengarah DBP Brunei, Hajah Haireni binti Haji Awang Damit.

    Antara yang dibincangkan dalam pembentangan kali ini ialah pemahaman mengenai kepelbagaian bahasa dan sastera di Indonesia.

    Kepelbagaian bahasa dan dialek yang terdapat di Indonesia merupakan ciri khas serta keunikan bangsa yang terdapat di Indonesia. Pancasila merupakan falsafah dan dasar negara Indonesia, juga simbol yang menyumbang kepada kepelbagaian bahasa serta dialek yang ada di Indonesia.

    Kongres anjuran DBP Brunei, melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa itu diadakan secara maya melalui penstriman platform Facebook DBP Brunei dan aplikasi Zoom.

    Penyelenggaraannya dengan tema utama ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ itu turut didukung bersama oleh rakan-rakan strategik DBP iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Majlis Belia Brunei (MBB), ASTERAWANI Brunei dan Kumpulan Putra Seni (KPS).

    KABSBM dilaksanakan secara bersiri mulai 16 Mac hingga 22 Jun dengan pembentangan kertas kerja dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan Rabu.

    Kongres berkenaan antara lain juga berobjektif untuk menggabungkan pakar-pakar bahasa, sastera dan budaya di peringkat antarabangsa dan tanah air dalam upaya untuk berkongsi pengetahuan, ilmu, dan gagasan melalui dinamika pengetahuan, pengalaman dan tingkat kepakaran tertentu.

    Antara para pemakalah dari dalam dan luar negara, rakan-rakan strategik DBP, pegawai-pegawai kanan kerajaan, dan para pencinta bahasa dari dalam mahupun luar negara yang menyertai siri ketiga KABSBM berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...