496 maut akibat Ebola

DAKAR, Senegal, 4 Mac – Sekurang-kurangnya 496 orang maut akibat Ebola di Congo sejak wabak mula menular pada akhir Julai tahun lepas, lapor agensi berita Anadolu memetik Kementerian Kesihatan hari ini.

Antara 894 kes demam berdarah yang dilaporkan, 829 disahkan dijangkiti Ebola, kata kementerian itu.

Seramai 31 orang masih dirawat manakala 302 lagi telah pulih. Setakat ini, seramai 65 orang maut akibat demam berdarah, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia disebabkan Ebola.

Sejak kempen imunisasi pada 8 Ogos lalu, sejumlah 85,226 orang di negara itu telah diberikan vaksin anti-Ebola.

Ebola, mula dikesan pada 1976 di Sudan dan Congo dan wabak terburuk melandanegara Afrika Barat iaitu di Liberia, Guinea dan Sierra Leone pada 2014,meragut 11,300 nyawa dan kira-kira 28,600 orang lagi dijangkiti. – Bernama