Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    499 perniagaan sokong pengenalan semula GST

    KUALA LUMPUR, 2 JUN – Sebanyak 499 perniagaan memberi sokongan padu kepada pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 2.0 sedia ada, memandangkan GST dilihat menawarkan struktur cukai yang lebih adil dan menghapuskan cukai bertindih serta tambahan yang biasanya ada dalam kawalan SST.

    Dalam satu kenyataan, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM)  berkata, respons itu adalah berdasarkan satu tinjauan yang dibuat oleh FMM mengenai pengenalan semula GST pada Mei 2020.

    Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di persada antarabangsa berikutan GST tidak dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan yang dieksport, manakala GST yang dibelanjakan ke atas input dapat  diperoleh semula di sepanjang rantaian bekalan.

    Memandangkan kerajaan pada masa ini menumpukan kepada proses pemulihan ekonomi, Soh berkata, pengeluar perlu mengutamakan masa dan tenaga mereka untuk membangunkan semula perniagaan.

    Oleh itu, pengenalan semula GST tidak sewajarnya dipertimbangkan secara berasingan, sebaliknya sebagai sebahagian daripada penilaian holistik sistem cukai di Malaysia dan kedudukan fiskal negara, katanya.

    Berikutan perubahan dan peralihan kepada GST 2.0 berkemungkinan adalah mencabar, beliau berkata, FMM menyeru kerajaan untuk berunding dengan semua pihak berkepentingan melalui proses semakan semula yang terperinci bagi memastikan kejayaan pelaksanaan rejim cukai yang berkesan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...