Oleh Daniel Lim
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) baru-baru ini menghantar lima orang ahli mereka untuk menghadiri Kursus Statistik yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) di Miri, Sarawak.
Beberapa topik dan teknik yang dibincangkan semasa kursus berkenaan termasuklah pengumpulan data statistik bola keranjang seperti bantuan, mata, blok dan lain-lain; dengan perbincangan yang berlaku dalam kalangan ahli yang mengambil bahagian bukan sahaja dari BDBA tetapi juga kumpulan dan persatuan bola keranjang yang lain.
Presiden BDBA menyatakan bahawa kursus dan pengumpulan data sepanjang permainan dan kejoha-nan yang diadakan merupakan salah satu elemen penting dalam sukan itu.
“Jurulatih pasukan dan peserta boleh menggunakan data ini untuk membuat taktikal, dan pemain juga boleh mengukuhkan latihan mereka berdasarkan data selepas permainan,” tambahnya.
Beliau juga berkata persatuan itu akan terus menggalakkan lebih ramai ahli mereka untuk menyertai kursus lain bagi meningkatkan kualiti dan kemahiran ahli jawatankuasa dan permainan bola keranjang.
