5 aktivis dikeluarkan perintah mahkamah

BANGKOK, 24 OGOS – Polis Thailand hari ini mengatakan mereka sudah mengeluarkan perintah mahkamah ke atas lima aktivis yang berucap di rapat umum antikerajaan di hadapan ibu pejabat tentera bulan lalu, mendakwa mereka mencabuli dekri kecemasan koronavirus yang melarang perhimpunan awam.

Protes yang semakin meluas itu muncul sebagai satu ancaman paling serius terhadap Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha, bekas jeneral tentera yang pentadbirannya dituduh tidak cekap dan korup.

“Mereka diperintahkan hadir ke mahkamah untuk mendengar pertuduhan memandangkan perhimpunan mereka melanggar dekri kecemasan,” kata Kolonel Polis Prasopchoke Aiempinij. “Tiada dakwaan lain dipertimbangkan terhadap mereka setakat ini.” –AP