Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 anggota militan maut di Kashmir

    SRINAGAR, Kashmir, 9 Ogos – Lima orang militan terbunuh dalam insiden tembak-menembak selama dua hari dengan tentera India di wilayah Kashmir yang ditabir oleh negara itu, kata pegawai hari ini.

    Kejadian tembak-menembak, menurut pegawai tentera India, meletus di kawasan hutan Rafiabad di daerah Baramulla, 58 kilometer dari barat laut bandar Srinagar, ibu negeri musim panas Kashmir yang ditadbir oleh India.

    “Pada pagi ini, seorang lagi militan terbunuh dalam pertempuran berterusan di hutan Dooniwari di Rafiabad, membawa jumlah kematian kepada lima orang,” kata jurucakap tentera India.

    Polis Kashmir yang ditadbir oleh India, Shesh Paul Vaid juga mengesahkan pembunuhan militan kelima, berkata dia terbunuh selepas dia melepaskan tembakan pada tentera kerajaan pagi tadi.

    Pada petang semalam, empat orang militan terbunuh dalam kejadian tembak-menembak.

    Menurut polis, insiden tembak-menembak itu bermula ketika kumpulan polis dan tentera melancarkan usaha mencari di kawasan itu selepas menerima maklumat risikan mengenai kehadiran pasukan militan.

    Laporan berkata seorang komando tentera juga cedera ketika bertempur dengan militan.

    Selasa lalu, empat tentera India termasuk seorang pegawai dan dua militan terbunuh dalam kejadian tembak-menembak berasingan berhampiran Garisan Kawalan (LoC) di kawasan Gurez daerah Bandipora.

    LoC ialah sempadan de facto yang membahagikan Kashmir kepada kawasan yang dikawal oleh India dan Pakistan.

    Satu pertempuran gerila sedang meletus di antara militan dan tentera India yang ditempatkan di Kashmir yang ditadbir oleh negara itu sejak tahun 1989. Kejadian tembak-menembak di antara kedua-dua pihak berlaku secara sekejap-sekejap di seluruh rantau. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda