Monday, December 2, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 askar maut dalam serangan di Kashmir

    ISLAMABAD – Tentera Pakistan hari ini mendakwa telah membunuh lima tentera India apabila mereka memusnahkan pangkalan mereka di wilayah Himalaya, Kashmir sebagai tindak balas dendam terhadap tembakan hendap India yang menyasarkan van sekolah dan membunuh pemandunya.

    Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Asif Ghafoor dan pegawai-pegawai lain berkata, pangkalan India berhampiran kampung Tatta Pani itu ‘dimusnahkan’ semalam, selepas insiden tembakan hendap sehari sebelum itu yang menembak sebuah van yang membawa pelajar kanak-kanak di bahagian Pakistan Kashmir, menyebabkan pemandunya terbunuh dan para pelajar trauma.

    Ghafoor bersumpah bahawa Pakistan akan sentiasa bertindak balas ke atas ‘keganasan India terhadap rakyat yang tidak bersalah’.

    Tentera India semalam, telah menafikan tuduhan Pakistan itu dan mengatakan mereka tidak membuat sebarang pelanggaran gencatan senjata. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda