Friday, October 11, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 cara hilangkan whiteheads

    Whiteheads atau bintik putih terjadi apabila sel kulit mati menghasilkan sebum (minyak) dan kotoran banyak sehingga boleh menyumbat pori-pori di wajah.

    Tidak seperti bintik hitam (blackheads), yang boleh dipicit keluar, whiteheads sering kali tersumbat dalam liang pori dan ini boleh menjadikan rawatan wajah sedikit lebih mencabar.

    Proses pembentukan whiteheads bermula apabila kelenjar minyak di bawah kulit menghasilkan sebum yang berlebihan. Sebum bercampur dengan sel-sel kulit mati, membentuk penyumbatan dalam liang pori.

    Keadaan itu mewujudkan persekitaran yang ideal untuk bakteria berkembang lalu menyebabkan keradangan dan pembentukan bintik hitam.

    Berbeza dengan bintik hitam yang lebih terbuka dan teroksida, akan tetapi whitehead tertutup dan tidak terdedah kepada udara.

    Bintik putih adalah salah satu bentuk jerawat putih yang paling biasa berlaku pada semua orang dan ia sungguh menjengkelkan untuk ditangani. – Agensi
    Gambar Eh.my

    Walaupun ia bukan masalah serius, namun whitehead boleh menjejaskan penampilan kulit dan boleh berkembang menjadi masalah yang lebih besar jika tidak dirawat dengan betul.

    Adalah penting untuk tidak memicit whitehead kerana berbuat demikian boleh merosakkan permukaan kulit dan meningkatkan risiko jangkitan. Sebaliknya, amalkan langkah penjagaan kulit yang betul, seperti pembersihan biasa dan penggunaan bahan aktif seperti AHA atau BHA, boleh membantu merawat dan mencegah pembentukan bintik putih, menjadikan kulit kelihatan bersih dan sihat.

    1. Membersihkan Kulit dengan Lembut

    Pertama sekali, penting untuk membersihkan kulit dengan lembut. Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit awda.

    Pilih produk yang mengandungi bahan seperti asid salisilik atau benzoyl peroksida, yang boleh membantu mengurangkan pengeluaran sebum dan merawat bakteria yang menyebabkan bintik putih.

    Elakkan menggunakan pembersih muka yang terlalu ekstrem kerana ia boleh menyebabkan kemerahan dan meningkatkan pengeluaran minyak.

    2. Gunakan Peeling AHA atau BHA secara teratur

    Asid alfa hidroksi (AHA) dan asid hidroksi beta (BHA) adalah bahan aktif yang berkesan untuk merawat bintik putih.

    AHA membantu menanggalkan sel kulit mati pada permukaan kulit, manakala BHA boleh meresap ke dalam pori-pori untuk membersihkan kotoran dan minyak yang menyebabkan whitehead.

    Gunakan produk pengelupasan AHA atau BHA sebanyak dua kali seminggu untuk hasil yang optimum.

    3. Hindari produk kandungan minyak

    Produk penjagaan kulit atau solekan berasaskan minyak boleh menghasilkan whitehead.

    Justeru, pilih produk yang tidak komedogenik dan bebas minyak untuk mengelakkan pori-pori tersumbat.

    Di samping itu, sentiasa baca label pada produk dan pastikan ia tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan pembentukan whitehead.

    4. Amalkan topeng muka (masker) yang mengandung tanah liat

    Topeng muka yang mengandungi tanah liat boleh membantu menyerap minyak berlebihan dan mengurangkan penampilan bintik putih.

    Gunakan topeng muka dengan kerap, tetapi elakkan penggunaan berlebihan yang boleh menyebabkan kulit kering.

    Pilih topeng yang mengandungi bahan semula jadi untuk memberikan manfaat tambahan untuk kulit awda.

    5. Konsultasi dengan Pakar Kulit

    Jika whitehead terus menjadi masalah, rujuk kepada pakar dermatologi. Mereka boleh memberikan nasihat yang sesuai dengan jenis kulit awda dan keadaan tertentu.

    Mereka akan menyediakan rawatan yang lebih khusus untuk merawat bintik putih dengan berkesan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda