Monday, August 15, 2022
23 C
Brunei

5 cedera dalam tembakan di pusat beli-belah

-

GLENDALE, ARIZONA, 24 MAC – Lima orang termasuk seorang kanak-kanak cedera kelmarin apabila pertengkaran di pusat beli-belah kawasan Phoenix meletus dalam tembakan dan menyebabkan ratusan orang melarikan diri.

Terdahulu, polis berkata tiga orang termasuk sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak ditembak dan cedera serta seorang daripada mangsa mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.

Pada sidang akhbar ringkas petang Rabu, polis berkata tiada kecederaan mangsa yang mengancam nyawa.

Insiden di Tanger Outlets, sebuah pusat beli-belah di daerah hiburan yang sibuk di pinggir barat Glendale, adalah “perbalahan antara dua kumpulan” yang bertukar menjadi pergaduhan dan kemudian tembakan, kata pegawai polis Glendale, Tiffany Ngalula.

Polis berkata, seorang lelaki muda bersenjatakan pistol bersama seorang wanita dan seorang kanak-kanak kecil di pusat beli-belah itu.

Lelaki itu bergaduh dengan sekumpulan lelaki muda yang dikenalinya dan berlaku tembakan, menurut polis.

Menurut polis, dua remaja lelaki dalam kumpulan kedua tiba di hospital dengan kesan tembakan dan lelaki bersama wanita dan kanak-kanak itu dibawa ke hospital untuk rawatan kecederaan yang tidak didedahkan.

Nama lima orang yang cedera tidak diumumkan serta-merta.

Beratus-ratus orang yang melarikan diri daripada tembakan serta rakan-rakan dan saudara-mara yang gementar bergegas ke tempat kejadian berbaris di tempat letak kereta berhampiran pusat beli-belah beberapa jam selepas kejadian tembakan. – AP

Kenderaan penguat kuasa undang-undang berkumpul di pintu masuk timur pusat beli-belah Tanger Outlets selepas kejadian tembakan kelmarin. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -